A day dreamer in her dreamland.Fatin,19, ex lawyer-to-be. HAHA

Wednesday 27 March 2013

ES PEE EYM

Maka tanggal 21 Mac hari tu result spm dah kelaur kan? So amacam adik adik? Ceh acah2 akak sangat aku ni. Ada yang dapat straight A ada yang dapat straight E. eh. apa pun result adik adik tahniah. This is not the end. It just a beginning. Akak dulu pun bukannya straight A pun. Cukup2 makan saja. 8A 2B 1C. Dan C tu adalah Biology. Tu yang segala course berkaitan biology dah tulis NO ENTRY kat akak ni.
No worries kiddos. Banyak peluang even tak dapat result gempak sangat. Boleh je fly kalau dapat result cukup2 makan macam akak tu. Tapi tuan badan taknak. Katanya nak berkhidmat dalam negara saja. Nampak tak poyo kat situ? Kena pandai2 cari any scholarship yg boleh tanggung makan minum adik2 nanti. Sebab mak bapak dah tak larat dah nak support korg. 

Lepas SPM, mesti ramai yg pening nak pilih nak masuk mana semua kan. Banyak choices. Boleh masuk asasi,matrikulasi,STPM or diploma. Yang IB,A-Level semua tu tak tahu sebab iolss ni tak secemerlang gemilang dan terbilang pun nak applu semua tu. Asasi je mampu. Basically asasi,matrikulasi and STPM sama je. Cuma yang bezanya asasi adik2 belajar dekat universiti and ikut sistem universiti betul2. So dah terdedah dengan sistem dia. Kalau matrikulasi dia ala2 sekolah sikit rules dia. Lebih kurang la. Tapi both sama je. 1 tahun. Ada jugak matriks yg lebih dari setahun. Depends kot. STPM je lama sikit. Setahun lebih kot. Tapi bila dah habis antara tiga2 tu boleh sambung degree terus. Kira cepatlah korg degree. Dalam umur 22 dah grad degree then kerja. Cepat kan? Lepas tu boleh la nak sambung master ke PHd ke. Kalau diploma ni lama sikit la. Dip 3 tahun then degree setahun setengah macam tu. Tapi dorg belajar advance lah. kalau asasi dia dalam satu tahun tu dia padatkan dengan banyak subjek. Macam fast track lah. Ha boleh jugak kalau ala2 yang nak jadi cikgu tu apply maktab. Senang dapat kerja terus nanti kan?

Tu je kot nak kongsi.


ANDDDDD! TAHNIAH dekat adik sendiri sebab dapat keputusan yang sangat cemerlang dalam SPM. 10A uolss! Masuk paper lagi. Tahniah2. Bangga mak abah. Aku pun pernah masuk paper jugak tp masa PMR jelah. Tu pun gambar ramai2 41 orang. Takde lah nak bangga sangat. Kbai.

2 comments:

  1. huih, tu ke gambar masuk paper tu ?
    haha Tahniah !

    ReplyDelete
  2. serius adik ko ni ? wahhhhh ! tahniah2 !

    ReplyDelete