A day dreamer in her dreamland.Fatin,19, ex lawyer-to-be. HAHA

Tuesday 1 January 2013

A YEAR TO BE REMEMBERED


Beberapa minit lagi nak pukul 12. Maknanya nak masuk tahun baru dah. Tahun 2013.
Hey! Cepatnya masa berlalu. Yes, time flies too fast. Kita je yang tak pernah sedar.
Sebenanrnya tak sabar nak update entry ni sebab banyak sangat benda nak cerita. Well,kita takde org tersayang nak bercerita semua kan. #eh.
So this entry might be too long! Hahaha. K stop merepek.
Baaaaaaaaaanyakkkk sangat benda yg berlaku masa tahun 2012 ni.

Okay first. Asasi habis. Asasi undang-undang uitm shah alam. Yes i've tried my best but it's not my rezeki. Law does not love me at all. Kay takpe. MUET dah repeat pun tak lepas. Kira mmg takde rezeki lah tu kan. Tapi memang asasi undang2 ni serious best! SANGAT! Obviously course ni memanglah sangat memerlukan otak yang kuat menhafal kerana anda tak akan jumpa no untuk dikira kecuali number dekat setiap muka surat. Okay tu tipu. Ade je subjek ekonomi tapi tolak tambah yang sangat basic gila punya.
Asasian semua memang sporting gila. Ada yang memang hebat gila speaking, hebat berhujah, memang dah nampak masa depan nak jadi lawyer. I miss my #LWP02B.
Even sekarang tak semua pursue law tapi masing2 dah ada masa depan, and cita2 masing2.




Okay Next. Habis je Asasi terus cari kerja sebab cuti yang terlampau lama. Dengan berbekalkan kesungguhan yang ada pergilah cari kerja. Lepas interview semua so dapat lah kerja dekat tempat sejuk beku. EH! Frozen yogurt. Tutti Frutti Senawang. So hey! I've been working for almost 5 months. 
Banyak jugak benda yang baru belajar. Dengan macam2 perangai staff lah, boss lah  customer lah. Tapi gaji masyuk takpelah kan. Dapat makan TF hari2 tapi kalau dah hari2 melantak benda alah tu mmg bosanlah cerita dia kan. Kenal lah macam2 orang. Ada yg konon famous kot. Entah. Tak tahuu. K merepek.
Siapa yanga ada dekat senawang tu pakat2 lah pergi kat TF tu. Hahaha promote pulak.


Then, proceed to degree time. Degree at 19. Terasa sangat muda sebab ramai jugak classmate yg 20 ke 20 lebih. Bajet adik2 comel la kat dalam kelas tu. Dari asasi undang2 kita beralih ke ijazah sarjana muda pengurusan perniagaan (perniagaan antarabangsa). Dari UiTM Shah Alam kita beralih ke UiTM Puncak Alam. Disebabkan law tak berapa nak love me sangat kan so business je lah dihatiku sekarang ni.  Shah alam dah campak saya pergi jauh2 belajar kat tempat corok jin betendang tu. And dari menyampah2 tu  sekarang ni nak final dah. Degree part 1 dah nak habis dah pun. Sangat cepat masa berlalu. Ohh ye. Dulu serious tak pernah terfikir akan amek course business. Dulu masa sekolah yeye la belajar physics,chemistry,bio semua tapi tak diaplikasi langsung. Dari sekolah sains, belajar asasi sastera. Nampak tak jauh menyimpang? Penat struggle gila2 lepas tu tukar angin. SEBAB? science does not love me AT ALL. tiga2 subjek sains tu tak dapat A. k redha. Habis asasi MUET tak lepas. Law does not love me too. K redha lagi. Amek jelah business kan. Harap2 business will LOVE ME okay?





Next. Erm Yes. a-not-so-nice-guy. Mungkin ada hikmah kenal. Bersyukur sebab dah perlu kenal and tak ingat apa2. And i'm really fine with it now. Now,sekarang baru terhegeh2 nak menyesal bagai semua memang SORRY la bro! Gua serious tak kenal lu. Gua ada masa depan and dah malas nak membazir air mata ni lagi. So please stop nak pujuk ke apa. Tak bagi kesan sikit pun. SIKIT PUN TAK. Things are different now. We will never ever getting back together. *pinjam jap eh
Fatin dah kuat,dah kebal. Fatin bukan fatin dulu. Berhenti buat kerja sia2.

Tu jelah kot cerita yg macam ada benda nak cerita 2012 ni. 
Now 2013 dah muncul. For sure umur meningkat. Dari ada teen kepada takde teen. K sedih. Tp tetap comel. 20 pun comel jugak. 

#WISHIN2013

*Nak jadi seorang hamba yang lebih patuh kepada perintahNYA
*Jadi seorang anak yang lebih membanggakan ibu bapa
*Jadi seorang kakak yang boleh adik2 bangga bila sebut nama aku depan orang lain
*Jadi sahabat yang sentiasa ada dalam doa sahabat lain
*Jadi pelajar yang lebih sedar diri pasal akademik *kurangkan berjimba
*Jadi gadis yang kuat,kebal dan tak mudah melatah dengan apa yang berlaku
*Jadi remaja yang lebih matang and boleh bantu ramai orang
*Jadi diri sendiri yang boleh membanggakan diri sendiri


*final 4 jan until 18 jan. hopefully dean. Amin.

HAI 2013!!


No comments:

Post a Comment